Khamis, 22 September 2016

Senarai Gym Muaythai di Malaysia

KUALA LUMPUR

Damansara
1. Muayfit - Damansara Perdana (Ritze Perdana)
2. Ara Muay Thai - Dataran Ara Damansara (PJU1A)

SELANGOR

1. Muayfit - Kota Kemuning (Gamuda Walk)
2. Muayfit - Puchong (IOI Boulevard)
3. Muayfit - Petaling Jaya (Two Square)

Jumaat, 6 Ogos 2010

Muaythai di Kajang

Tendangan K.O

Tendangan K.O. di bawah sangkar rusuk amat ditakuti jaguh tomoi.




"SAYA paling suka perlawanan antara Tengku Sharizal dari Kuda Merah, Polis Diraja Malaysia dengan Hamdan Mokhtar yang mewakili Malaysian Tigers.

"Sebelum ini saya sudah menonton perlawanan Tengku Sharizal dan saya fikir persembahannya kali ini lebih baik," ujar Kiff Faiz, 32, penonton yang datang dari Kajang, untuk menyaksikan Cabaran Muay Thai Antarabangsa KL TM-WMC 2009 yang berlangsung pada 7 dan 8 Februari lalu.

Menurut Kiff, Tengku Sharizal menonjolkan ketangkasan di samping memiliki kaki yang kuat dan tubuh yang tegap.

Ketua pengadil untuk acara dua malam itu, Seree Praphackawin, 44, dari Thailand juga mengakui peserta muda itu sememangnya petinju yang bagus dan telah menjalani latihan yang mencukupi.

"Mungkin juga kerana dia (Tengku Sharizal) orang baru dalam bidang ini, jadi agak sukar untuk lawan membaca gerak langkahnya," tambah Seree.


TENGKU SHARIZAL dari PDRM (kanan) menggunakan kelebihan jarak yang sedikit untuk membuat serangan yang berkesan terhadap lawannya, Hamdan Mokthar.


Menyifatkan cara Tengku Sharizal amat menyamai dengan cara asal orang Thailand bertomoi, anak muda itu dikatakan bukan saja pandai menyerang, tetapi juga bijak mengelak serangan.

Tengku Sharizal sudah memenangi 40 daripada 45 perlawanan yang disertainya. Perlawanan pada malam itu memberinya kemenangan yang ke-41.

Antara Tengku Sharizal dengan Hamdan Mokhtar, kedua-duanya nyata memiliki ketinggian yang berbeza dan sekali gus memberi kelebihan yang berlainan kepada diri masing-masing.

"Orang tinggi kelemahannya terletak pada bahagian paha yang senang diserang. Orang yang lebih rendah pula selalunya tumbukannya tidak mengena. Jadi masing-masing ada kelebihan dan kekurangan," komen seorang pembantu pengadil, Uwan Dinjom, 53.


TENDANGAN K.O. boleh dibuat seawal pusingan pertama sekiranya peserta tomoi bijak membaca langkah lawan dan mengenali bahagian badan lawannya yang lemah.





Bagaimanapun, tambah Uwan, cara peserta dipertemukan dalam perlawanan tidak ditentukan melalui ketinggian, sebaliknya berat badan.

"Kalau di Thailand, berat badan yang sama sangat dititikberatkan, melainkan kedua-dua peserta bersetuju untuk berlawan biarpun perbezaan berat badan mereka terlalu ketara," tambah Uwan.

Seree pula mencelah, aksi peserta memeluk pihak lawan digunakan peserta sama ada untuk merehatkan lawannya daripada terus menyerang atau mahu mengelak daripada terkena serangan.

"Pada waktu itu juga peserta mengambil peluang untuk menyerang bahagian antara bawah sangkar rusuk dan atas perut.

Teknik itu amat berkesan untuk melemahkan pihak lawan dan boleh menyebabkan peserta tumbang atau K.O. walaupun hanya selepas terkena satu tendangan.

Lazimnya, kata Seree, pada pusingan pertama dan kedua, peserta akan cuba membaca gerak langkah lawannya, terutama yang diketahui memiliki prestasi yang tinggi.

"Hanya pada pusingan ketiga perlawanan menjadi rancak. Tetapi ada juga yang tumbang pada pusingan kedua. Semuanya bergantung kepada peserta," ujarnya.

Langkah sembah atau sembah guru penuh beradat yang mendahului setiap perlawanan pula, jelas Seree, secara saintifiknya berfungsi sebagai masa pendek untuk peserta melakukan regangan dan memanaskan badan sebelum berlawan.

"Ia juga boleh jadi satu bentuk cabaran psikologi kepada peserta lawan selain menyediakan dirinya secara mental," tambah Uwan. - FATIMI NADIAH ZAINUDEEN